Blogger Backgrounds

Followers caye :)

Sabtu, 23 Mac 2013

Firman Allah dan Hadith mengenai Aurat dan Couple



COUPLE
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [24:30]
Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.” (H.R. Bukhari & Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.” (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (H.R. At-Tabrani dan Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda: “Kedua mata dapat berzina, dan zina keduanya adalah melihat. Kedua telinga dapat berzina, dan zina keduanya adalah mendengar. Lidah zinanya dengan bicara. Tangan zinanya dengan menyentuh. Kaki zinanya dengan melangkah. Hati zinanya dengan berhasrat dan menginginkan. Dan kemaluan akan membenarkan atau mendustakannya.” (H.R. Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita.” (H.R. Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, Tirmidzi)
Kesimpulan: Couple (berpasangan) dalam Islam adalah haram jika pasangan belum bernikah. Ini kerana mereka akan terjerumus melakukan maksiat (bersentuhan dan zina). Mempunyai rasa cinta adalah fitrah manusia yang diberi Allah dan ia tidaklah salah. Bermanja-manja dengan orang yang dicintai, keluar bersama tanpa mahram wanita tidak dibenarkan dalam Islam walaupun sudah bertunang. Adapun bercinta jarak jauh (tidak bertemu dan hanya sms dan chatting) bukanlah dinamakan couple, namun masih perlu menjaga batas-batas.

 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum,,
hey2.alang2 tu tingal kn la skit coment tu
Tak pakse pon :P