Blogger Backgrounds

Followers caye :)

Sabtu, 23 Mac 2013

PESANAN RASULULLAH PADA SITI AISYAH


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, Iaitu :
1. Sebelum mengkhatamkan Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum melaksanakan haji dan umrah….
“Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah.. .. Bagaimana anakanda dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Bismillaahirrahman irrahiim, Qulhuallahu ahad’ Allahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3 x)
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum ku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allahumma salli  ‘alaa saidina Muhammad wa’ala ali saidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai mu.
Astaghfirullahal azim allazi laa Ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”
Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallahu Allahu akbar(3 x )
Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain. Ilmu yang bermanfaat adalah salah satu amal jariah yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya walaupun dia sudah mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum,,
hey2.alang2 tu tingal kn la skit coment tu
Tak pakse pon :P